M Update, 13/12/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi.
PDRM dalam satu poster disiarkan di media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Bagaimanapun saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah serta saman berkaitan lori.
Tawaran itu juga adalah sempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya. – HM Online