M Update, 27/2/2020 – Keterampilan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Ketua Utama Negara Malaysia dan “Payung Negara” menjadi kunci utama meleraikan konflik politik yang sedang melanda negara. Beberapa perkembangan terkini menggoncang kepimpinan serta pentadbiran negara dengan yang paling mengejutkan, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak…
M Update, 27/2/2020 – Jemaah wanita mengalami kecederaan di belakang badan selepas dipukul oleh dua lelaki yang menggunakan cangkul dan besi dalam kejadian samun di Masjid An-Nur Kampung Guar, Jalan Guar Jering di Kubang Semang, Bukit Mertajam, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin…
M Update, 27/2/2020 – Umat Islam di negara ini disaran melakukan solat hajat bagi memohon keamanan dalam menghadapi situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat di semua masjid utama selepas solat Zohor,…
M Update, 27/2/2020 – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 11 pagi ini. Perkara itu disahkan oleh pegawainya kepada pemberita. Kenderaan rasmi yang membawa Dr Mahathir keluar dari bangunan Perdana Putra pada jam 10.30 pagi menuju ke…
M Update, 27/2/2020 – Seperti yang kita sedia maklum, pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim bagi menerajui negara buat sementara waktu. Namun, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ‘Perdana Menteri Interim’? Ini yang anda perlu tahu…
M Update, 27/2/2020 – Arab Saudi menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan berkata, langkah itu susulan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) ke Timur Tengah. “Kerajaan menggantung kemasukan ke negara untuk jemaah mengerjakan umrah dan melawat…
M Update, 27/2/2020 – Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional, dalam mendepani situasi perubahan pentadbiran negara, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM). JPM dalam kenyataan yang dikeluarkan berhubung peranan penjawat awam menyatakan, penjawat awam perlu menjauhkan diri dari kancah politik, demi menjaga integriti dan profesionalisme…
M Update, 26/2/2020 – Institut Penyelidikan dan Perubatan (IMR), bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan serangan virus di negara ini selain Covid-19. Pengarah IMR, Dr Tahir Aris berkata, melalui proses dan prosedur ujian pengesanan Covid-19, pihaknya berjaya mengesan virus terbabit dalam tempoh lima hingga enam jam sahaja. Katanya, Unit Virologi, Pusat…
M Update, 26/2/2020 – Dua beranak maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kenderaan di Jalan Baru Baling-Kupang, berdekatan Kampung Telok Teduri, Pulai, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa, Siti Aminah Daud, 50, dan anaknya, Norshahirah Wan Sulaiman, 18, dari Kampung Telok Teduri, Pulai, dipercayai…
M Update, 26/2/2020 – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai bertemu pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Kewangan berhubung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi. Pakej ekonomi itu bertujuan merangsang ekonomi Malaysia dan mengurangkan impak daripada penularan koronavirus (Covid-19) dan ketidaktentuan luaran yang lain. Dalam twitter rasmi beliau, Dr Mahathir berkata, inisiatif itu…