Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

July 2020

Tiada Pelajar Dijangkiti Covid-19 Di Tawau

M Update, 24/7/2020 – Pejabat Kesihatan Tawau menafikan kesahihan beberapa mesej tular di media sosial berkaitan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah di Tawau. Mesej itu dipercayai mula tersebar sejak kelmarin berikutan seorang anggota Jabatan Penjara Tawau, yang disahkan positif wabak berkenaan Selasa lalu. Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G…

Berkunjung Ketika Aidiladha Masih Dibenarkan

M Update, 23/7/2020 – Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah mengehadkan kehadiran tetamu dan aktiviti ziarah untuk sambutan Aidiladha hujung bulan ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, pada masa ini keputusan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung untuk Aidiladha juga kekal. Namun, beliau tidak menolak kemungkinan…

Agong Titah Rakyat Jangan Sambil Lewa, Alpa Pematuhan SOP Bendung COVID-19

M Update, 23/7/2020 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan…

Kewarganegaraan Tidak Diberikan Secara Mudah – KDN

M Update, 23/7/2020 – Kerajaan tidak akan memberikan kewarganegaraan secara mudah kepada mana-mana individu hanya kerana lahir di negara ini tanpa siasatan ikut undang-undang. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata ketika kerajaan mahu menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa dokumen di Malaysia, siasatan sewajarnya perlu dilakukan.…

SPR: PRK DUN Slim Pada 29 Ogos

M Update, 23/7/2020 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Slim, Perak diadakan pada 29 Ogos. Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom turut mengumumkan hari penamaan calon pada 15 Ogos,  manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos. “Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama…

KKM Kesan Dua Lagi Kluster Baharu – KP Kesihatan

M Update, 23/7/2020- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park di Selangor dan Kluster PUI Melbourne di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Memperincikan Kluster Hyde Park, beliau berkata kluster itu dikesan di atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang, melibatkan seorang anak kapal warga Rusia (kes ke-8769) yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara…

Agong Berkenan Terima Menghadap Duta Besar Arab Saudi

M Update, 23/7/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Istana Negara semalam. Dalam kenyataannya, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan…

Aidiladha: Tiada Larangan Balik Kampung

M Update, 22/7/2020 – Kerajaan setakat ini tidak membuat sebarang keputusan melaksanakan semula larangan rentas negeri menjelang Aidiladha walaupun trend pandemik COVID-19 meningkat akhir-akhir ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, walaupun rekod keadaan semasa berkaitan penularan virus itu kembali meningkat, angkanya masih rendah. “Belum ada keputusan…

Ingkar SOP: PDRM Kompaun RM1,000, Tiada Lagi Amaran

M Update, 22/7/2020 – Mulai hari ini, polis kita tidak akan memberi nasihat atau amaran lagi kepada orang ramai atau pemilik premis yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti ditetapkan kerajaan. Serentak itu, mereka yang didapati tidak mematuhi SOP atau mengabaikan langkah pencegahan yang digariskan kerajaan akan dikompaun…