M Update, 3/8/2020 – Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di semua premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun penggunaan aplikasi lain sebagai tambahan adalah dibenarkan.
“Pejabat Peguam Negara akan mewartakan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat. Pengecualian hanya dibenarkan di kawasan luar bandar serta bandar kecil yang tidak mempunyai liputan Internet, dan mereka boleh menggunakan secara manual,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Parlimen, hari ini. – BH Online