Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2020

Sabah Tetap Milik Malaysia! – Wisma Putra

M Update, 25/8/2020 – Wisma Putra sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia untuk selamanya. Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia sudah membuat pendirian sebelum ini mengenai Sabah dan tiada persoalan lagi mengenainya. “Sabah selamanya akan menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya menerusi ciapannya di…

MBJB Nafi Penguat kuasa Mulakan Pertengkaran, Sebaliknya Diprovokasi

M Update, 24/8/2020 – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan sebuah video mendakwa anggota penguat kuasanya mengasari orang ramai dan menengking seperti yang ditularkan sejak Isnin lalu. Menerusi video 25 saat itu, beberapa anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dilihat bertikam lidah dengan beberapa lelaki dipercayai pemilik dan…

Bantuan Penjana Ditolak: Ibu Tunggal Boleh Mohon Semula

M Update, 24/8/2020 – Ibu tunggal yang permohonannya untuk mendapatkan bantuan sekali gus (one off) sebanyak RM300 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yPang ditolak boleh membuat permohonan semula sebelum 31 Oktober ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sejak permohonan…

Kompaun, Hukuman Lebih Berat Jika Dihadapkan Ke Mahkamah

M Update, 24/8/2020 – Kompaun dan hukuman lebih berat boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak termasuk orang kenamaan (VIP) yang melanggar kuarantin wajib selepas polis menjalankan siasatan lanjut. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, menegaskan keperluan menjalani kuarantin di rumah adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang tidak…

KKM Syor PKPP Dilanjutkan – Adham Baba

M Update, 24/8/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga keadaan terkawal. Cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri, Datuk Sri Dr Adham Baba, berkata ini kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia…

Sistem Pengecaman Wajah, Biometrik Kukuhkan Sempadan Negara

M Update, 24/8/2020 – Semua pintu masuk sempadan negara akan dilengkapi sistem Imigresen berteknologi tinggi termasuk penggunaan sistem pengecaman wajah dan biometrik menjelang 2023. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata langkah itu penting bagi mengesan pergerakan keluar masuk warga asing di negara ini. Katanya, sistem baharu itu juga…

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Pasang Bendera Terbalik – Shabudin

M Update, 24/8/2020 – Kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik kerana ia merupakan pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahya berkata perbuatan memasang Jalur Gemilang terbalik atau merosakkan bendera…

Langgar SOP, Tiada Siapa Akan Terlepas – Dr Noor Azmi

M Update, 21/8/2020 – Tiada mana-mana individu termasuk menteri yang akan terlepas daripada dikenakan hukuman melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin koronavirus (Covid-19). Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan akan menjalankan siasatan secara telus dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang melanggar SOP. Menurutnya, tindakan…

Tiada Perarakan Hari Kebangsaan, Rakyat Digalak Zahir Patriotisma Di Media Sosial

M Update, 21/8/2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menyeru rakyat di negara ini agar menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19. Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun tiada perarakan Hari Kebangsaan diadakan pada tahun ini, rakyat…

Penjawat Awam Jangan Main TikTok, Rakam Video Ketika Bertugas

M Update, 21/8/2020 – Semua penjawat awam khususnya badan beruniform atau memakai pakaian rasmi jabatan diingatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk berhibur ketika sedang bertugas atau berada di luar tugas. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, ia penting berikutan pihaknya mendapati terdapat penjawat…