Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

December 2020

Sindiket Penipuan Panggilan, Guna Maklumat Portal Kerajaan – JSJK

M Update, 31/12/2020 – Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket penipuan panggilan dengan tertangkapnya 22 individu terdiri daripada 19 lelaki dan tiga wanita berumur antara 20 dan 46 tahun dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata serbuan dibuat antara pukul…

Juara Bertahan Liga Super, JDT Kuasai ABK20

M Update, 31/12/2020 – Seperti diramalkan, juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menguasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20) selepas membolot lima kategori utama yang dipertandingkan pada kali ini. Penjaga gol kebangsaan Farizal Marlias dinobatkan selaku penjaga gol terbaik buat kali kelima selepas empat edisi terdahulu — 2009,…

Kerjasama Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Op Benteng Perlu Diteruskan

M Update, 31/12/2020 – Keberkesanan kerjasama bersepadu agensi-agensi penguatkuasaan dalam Ops Benteng harus diteruskan, dan bukan hanya dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19 menerusi kemasukan pendatang asing tanpa izin sahaja. Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata Ops Benteng yang dilancarkan pada Mei lepas dirancang hanya untuk tempoh masa dua tahun…

Kelantan Setuju Bantu Naik Taraf Pos PGA Yang Tenggelam Banjir

M Update, 30/12/2020 – Kelantan bersetuju pada dasarnya untuk membantu kerajaan Persekutuan, dalam usaha menaik taraf 12 pos kawalan milik Pasukan Gerakan Am (PGA), yang saban tahun dilanda banjir. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri akan berusaha membantu meluluskan tanah…

Azhar, Azalina Kekal Sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat

M Update, 30/12/2020 – Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said masing-masing kekal sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa pelantikan mereka adalah sah. Ia susulan keputusan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk…

JKN Perlis Mohon Individu Dari Zon Merah Pulang Ke Perlis, Hubungi Pejabat Kesihatan

M Update, 30/12/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis meminta individu dari zon merah yang  pulang ke negeri ini agar segera menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 di Pejabat Kesihatan Kangar untuk melakukan pemakluman, deklarasi kesihatan serta penilaian risiko terhadap mereka. Pengarah Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim berkata individu yang bergejala perlu segera ke klinik kesihatan berhampiran…

Kastam Tamatkan Pengeluaran Lesen Import Rokok Mulai Januari 2021

M Update, 30/12/2020 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menamatkan pengeluaran lesen import rokok bagi permohonan baharu bermula awal Januari 2021. Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, berkata pengimport rokok sedia ada masih dibenarkan membuat pembaharuan lesen masing-masing. Beliau berkata, tindakan itu bertujuan memperketat pembaharuan lesen…

Gempa Bumi Di Petrinja, Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

M Update, 30/12/2020 – Tiada rakyat Malaysia yang berdaftar tinggal di pusat gempa bumi di Petrinja, sebuah bandar kira-kira 60 kilometer dari ibu negara Croatia, Zagreb. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa, Kedutaan Besar Malaysia di Zagreb telah berjaya menghubungi rakyat Malaysia yang tinggal di Zagreb dan tiada…

KWSP Tetap Tarikh Baru, Kepada Majikan Buat Caruman

BuM Update, 30/12/2020 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan semula tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib kepada 15 haribulan bermula Januari 2021. KWSP dalam kenyataannya berkata, langkah itu selaras dengan tarikh asal bayaran caruman yang ditetapkan KWSP. Dana persaraan pekerja swasta itu sebelum ini melanjutkan tarikh bayaran caruman…

Sektor Awam & Swasta Mainkan Peranan Penting, Perkasa Zon Pelaburan Pelancongan

M Update, 30/12/2020 – Kerjasama sektor awam dan swasta memainkan peranan penting, dalam memperkasakan zon pelaburan pelancongan kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata libat urus antara kerajaan Persekutuan, negeri dan penggiat pelancongan, dapat memastikan lokasi pelancongan tumpuan di sesebuah negeri diperluaskan secara global dan memberikan impak besar kepada ekonomi negara,…