Input your search keywords and press Enter.

Hospital Tuanku Fauziah Mohon Orang Ramai Derma Darah

– Foto Hiasan –

M Update, 03/02/2021 – Hospital Tuanku Fauziah (HTF) meminta agar orang ramai terus menderma darah bagi menampung keperluan semasa.

Pakar Perubatan Unit Transfusi HTF Dr Wan Noor Falah Wan Yahaya berkata jumlah bekalan darah mengalami pengurangan sejak kebelakangan ini.

“Jumlah kutipan pek darah HTF mengalami pengurangan kepada 8,725 pek sepanjang Januari hingga Oktober tahun lepas berbanding 9,108 pek pada 2019,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hingga Januari tahun ini, pihaknya hanya dapat mengumpul sebanyak 649 pek sahaja berbanding keperluan 700 hingga 800 pek darah setiap bulan.

“Setiap minggu HTF memerlukan 150 hingga  200 pek darah untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi,” katanya.

Dr Wan Noor Falah berkata jumlah penderma baharu pula mencatatkan sebanyak 26.2 peratus pada 2020 dan angka itu menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap amalan menderma darah masih pada tahap yang sederhana.

Sementara itu, seorang penderma darah Mohd Jafni Sahidan, 36, berkata beliau tampil menderma darah setelah mendengar hebahan mengenai bekalan darah HTF berkurangan melalui laman sosial Facebook semalam.

“Sebagai seorang masyarakat yang bertanggungjawab, saya beranggapan cukuplah dengan menderma darah yang boleh membantu ramai pesakit yang memerlukan,” kata pekerja swasta itu.

Waktu operasi tabung darah HTF dibuka  setiap hari dan orang ramai boleh menghubungi talian 04-9738197 untuk membuat janji temu.

Ces cookies ne seront stockés dans votre navigateur qu’avec votre consentement. Vous avez également la possibilité de désactiver ces cookies. https://www.viagrasansordonnancefr.com/ Toutefois, la désactivation de certains de ces cookies peut avoir une incidence sur votre expérience de navigation.