Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2022

Mufti Perlis Nafi Kenyataan Ustaz Wadi Anuar Sujud Dalam Solat

M Update, 20/04/2022 – Jabatan Mufti Negeri Perlis menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seorang penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang mendakwa bahawa negeri itu mengeluarkan peraturan sujud dalam solat iaitu mendahulukan tangan sebelum lutut ketika hendak bersujud dalam solat. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam, berdasarkan satu rakaman video, seorang penceramah…

362 Tahanan PATI Larikan Diri Ditahan Semula

M Update, 20/04/2022 – Seramai 362 tahanan daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, 4.30 pagi tadi, ditahan semula, setakat 10 pagi, hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, gerakan mencari baki tahanan lain sedang…

Jangan Risau, Wang KWSP Akan Masuk Sebelum Aidilfitri

M Update, 20/04/2022 – “Jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat. “Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Aidilfitri,” kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau memberikan penjelasan itu selepas menerima banyak pertanyaan mengapa…

700 Tahanan Depot Imigresen Lari!

M Update, 20/04/2022 – Seramai 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dilaporkan melarikan diri awal pagi tadi. Dalam kejadian itu kira-kira jam 4 pagi, kumpulan PATI antaranya dipercayai warga Bangladesh, Indonesia dan etnik Rohingya dilihat keluar beramai-ramai dari depot terbabit oleh…

Pakai Pelitup Muka, Akta 342 Masih Berkuat Kuasa

M Update, 18/04/2022 – Orang ramai termasuk pelancong asing masih terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam berikutan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata walaupun negara berada dalam…

Basikal Lajak: Kerani Dapat Tangguh Hukuman, Denda

M Update, 18/04/2022 – Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin membenarkan kerani wanita, Sam Ke Ting menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu. Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk P Ravinthran bersama…

Lari Dari Pemeriksaan Polis, Bob Dan Fakhrul

M Update, 18/04/2022 – Dua ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes empat lelaki yang tidak memberhentikan kereta sehingga memaksa polis melepaskan lima das tembakan di Pasar Awam Tikam Batu, dekat sini, semalam. Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 41 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Taman Keladi dan…

Jangan Tiup Provokasi Sensitiviti Agama

M Update, 18/04/2022 – Tindakan ekstrem seorang pemimpin parti politik di Sweden yang membakar senaskah al-Quran, Khamis lalu disifatkan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata mereka yang bukan beragama lain patut menghormati Islam. “Perbuatan membakar al-Quran tidak sepatutnya berlaku.…

Wanita Larikan Gelang Emas Ditangkap Polis

M Update, 15/04/2022 – Wanita disyaki melarikan gelang emas selepas berpura-pura mahu membelinya dari kedai emas di sini, 8 April lalu ditahan polis, 11.30 malam tadi di Pudu, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Gani berkata, wanita berkenaan ditangkap bersama lelaki dipercayai kekasihnya. “Polis turut merampas…