Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2023

Nikah Sempadan: Pasangan, Wali Dan Saksi Berdepan Hukuman Berat

M Update, 17/01/2023 – Hukuman berat bukan saja menanti pasangan yang ‘lari’ untuk bernikah di Thailand, malah wali dan saksi juga turut sama bakal dikenakan tindakan jika didapati bersalah. Data menunjukkan rakyat Terengganu yang berkahwin tanpa kebenaran di negara jiran semakin meningkat majoriti membabitkan golongan muda dan lelaki berusia antara…

Wang Bantuan Awal Sekolah RM109,000 Dilarikan Penjenayah

M Update, 17/01/2023 – Seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah. Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar di sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman. Ketua Polis…

‘Tiada Peluang Kedua Buat Syamsul’ – Puteri Sarah

M Update, 16/01/2023- “Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul,” kata pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad. “Ini jalan terbaik.…

Penjawat Awam Boleh Tegur PM, Kabinet Jika Arahan Tak Ikut Peraturan

M Update, 16/01/2023 – Pegawai dan kakitangan awam perlu menegur sebarang keputusan dibuat Menteri termasuk Perdana Menteri, jika ia didapati melanggar peraturan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pegawai yang melaksanakan arahan yang mengandungi apa disifatkan sebagai keterlanjuran tidak boleh dipersalahkan berikutan ia diminitkan oleh menteri menyebabkan mereka mematuhinya.…

Polis Siasat Rakaman CCTV Pelanggan Salin Baju

M Update, 11/01/2023 – Polis menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah yang tular. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengesan video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter memaparkan rakaman video di bilik persalinan pusat membeli-belah. Menurutnya, Bahagian Siasatan…

Bayi Koma Dipercayai Didera Pengasuh, Tiga Ditahan

M Update, 10/01/2023 – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok di sini, pada Rabu lalu. Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak…

Puncak Menara Merdeka 118 Diceroboh Warga Asing Lagi

M Update, 10/01/2023 – Puncak menara tertinggi di Malaysia yang masih dalam pembinaan, Merdeka 118, sekali lagi menjadi sasaran pencerobohan warga asing untuk mencipta kandungan di media sosial bagi menarik perhatian peminat. Selepas diceroboh pasangan dari Russia pada bulan lalu, terbaharu puncak menara terbabit diceroboh kumpulan pencipta kandungan YouTube, Driftershoots,…

Kuota Haji Malaysia 31,600 Jemaah Tahun Ini

M Update, 10/01/2023 – Malaysia menerima kuota haji untuk penghantaran seramai 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi, tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena…

PM Nyatakan Sokongan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

M Update, 10/01/2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau merestui Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai Ketua Menteri. “Ya, saya merestui beliau. Beliau adalah Ketua Menteri,” katanya. Anwar berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau merestui pentadbiran Hajiji, selepas mengadakan pertemuan di…