Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

February 2023

SOSMA Tidak Akan Dimansuhkan

M Update, 22/02/2023 – Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin yang didakwa melanggar hak asasi manusia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian…

Kampung Baru: Kepentingan Orang Melayu Tetap Dipertahankan

M Update, 21/02/2023 – Kerajaan memberi jaminan akan tetap mempertahankan kepentingan orang Melayu di Kampung Baru bagi meneruskan rancangan pembangunan kawasan segi tiga emas itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa program yang dikhuatiri menjejaskan kepentingan Melayu telah ditangguhkan. Justeru menurutnya, rancangan pembangunan semula Kampung Baru akan dikaji…

Mais Nafi Terbabit Projek Bakul Makanan

M Update, 17/02/2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan pihaknya terbabit dalam projek pembekalan bantuan bakul makanan yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat. Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar, berkata pihaknya menerima aduan daripada sebuah syarikat swasta yang melaporkan menerima pesanan pembelian dan invois yang menggunakan kepala surat rasmi berlogo MAIS…

PM Cadangan Beri Elaun Khas Kepada Petugas SMART

M Update, 17/02/2023 – Cadangan pemberian elaun khas kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terlibat dengan misi gempa bumi di Turkiye merupakan penaik semangat dan akan memberi motivasi kepada anggota untuk terus melakukan yang terbaik. Seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Akmar Hisham Basor berkata…

Bekas Kapten Bola Sepak Diselamatkan Dari Gua Thailand Meninggal Dunia di UK

M Update, 16/02/2023 – Duangpetch Promthep, seorang daripada kanak-kanak yang diselamatkan dari gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand pada Jun 2018 lalu, meninggal dunia di United Kingdom. Duangpetch, 17, lebih dikenali sebagai ‘Dom’ adalah kapten pasukan ‘Wild Boars’. Berita kematiannya dikongsi oleh seorang sami yang mengajar kanak-kanak lelaki…

Kanak-Kanak Akan Dikeluarkan Dari Depoh Tahanan Imigresen

M Update, 16.02/2023 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan kanak-kanak yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen dalam masa terdekat, dan menyerahkan mereka kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang khusus menjaga kebajikan kumpulan berkenaan. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, beliau sudah mengenal pasti profil kumpulan…

Dari ‘Menu Rahmah’ Ke ‘Raya Rahmah’

M Update, 15/02/2023 – Menjelang Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluaskan konsep Payung Rahmah yang sedang dilaksanakan menerusi inisiatif ‘Menu Rahmah’ ketika ini kepada kelengkapan Aidilfitri. Menerusi inisiatif ‘Raya Rahmah’, golongan kurang berkemampuan berpeluang mendapatkan kelengkapan perayaan seperti perhiasan rumah, baju raya dan barangan lain…

PM Anwar Ke Turkiye Malam Ini 

M Update, 14/02/2023 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Turkiye malam ini bagi menyatakan sokongan kepada negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa. Anwar berkata beliau pada mulanya enggan ke sana kerana kekangan tugas namun mempertimbangkannya sana atas rayuan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.  “Mulanya saya…