M Update, 22/03/2024 – Berita gembira khasnya kepada semua pesawah. Kerajaan akan memperkenalkan benih padi yang boleh dituai dalam tempoh bawah 80 hari sejajar usaha mencapai kadar sara diri (SSR) sebanyak 100% bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Ketika ini negara mempunyai benih padi yang boleh dituai dalam tempoh 110 hari.
Jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam, mereka sudah tanam padi bagi tiga hingga empat kali tuaian dalam tempoh setahun. Jadi kita juga akan berusaha ke arah itu.