Input your search keywords and press Enter.

Jenazah Farah Kartini Akan Dikebumikan Di Pekan – Abang

M Update, 17/07/2024 – Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, ketika dihubungi.Katanya, jenazah akan dituntut hari ini, selepas semua prosedur selesai. Bagaimanapun, Mohd Fariza tidak memperincikan bila proses pengebumian akan dilaksana dan tanah perkuburan yang ditetapkan.

Beberapa pengamal media berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, seawal jam 7 pagi tadi. Sehingga jam 8.30 pagi, tiada ahli keluarga mahupun rakan Nur Farah dilihat berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Semalam proses bedah siasat mangsa selesai sepenuhnya pada jam 5.30 petang. Menurut Mohd Farriza, pihak hospital juga akan mengambil sampel DNA ibunya bagi membantu siasatan.

Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.