M Update, 02/12/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan susulan keadaan banjir yang serius di dua negeri berkenaan semalam.
Beliau berkata, peruntukan tambahan segera disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) masing-masing RM25 juta untuk Terengganu dan Kelantan yang akan digunakan untuk membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut, Terengganu.
Sebelum ini, kedua-dua negeri itu masing-masing telah menerima RM50 juta, namun peruntukan tambahan diberikan susulan keadaan banjir yang lebih serius.
Manakala pada hari ini, beliau juga mengarahkan satu tindakan susulan dibuat pada pertengahan bulan ini berikutan kerajaan telah memberi peruntukan tambahan untuk membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir.
Selain itu, sektor swasta juga digesa untuk mengambil bahagian dalam membantu rakyat terkesan akibat banjir sama ada menyediakan dana atau mempersiapkan jentera.
Kita bantu bersama-sama tak kira agensi kerajaan mahupun agensi swasta berganding bahu membantu mangsa banjir yang terjejas.