Input your search keywords and press Enter.

Jemaah Haji Diingatkan Dapatkan Vaksin Covid-19

Foto: Infografik TH

M Update, 21/02/2025 – Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi selepas menjalani saringan kesihatan, diingatkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 secara percuma di 247 klinik kesihatan terpilih di seluruh negara mulai 17 Februari lepas.

Jemaah disaran membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera mulai 14 Februari atau laman web rasmi TH.

Bagi jemaah haji yang ingin mendapatkan perlindungan tambahan, vaksin pneumokokal amat disarankan dan boleh diambil bersama vaksin influenza memandangkan penyakit pneumokokal adalah antara penyebab utama kemasukan ke hospital dalam kalangan mereka.

Selain itu, kesesakan di ruang terhad boleh menaikkan potensi penyebaran penyakit berjangkit seperti penyakit pneumokokal dalam kalangan jemaah melalui kontak rapat dan batuk.

Pada 15 Februari lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin Covid-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bagi jemaah lain yang tidak tergolong dalam kategori wajib tetapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan boleh memilih untuk menerima vaksin secara sukarela selepas berunding dengan pegawai perubatan di fasiliti kesihatan yang ditetapkan.