Input your search keywords and press Enter.

Mohd Fitri

1510 Articles0 Comments

Polis New Zealand – Jangan Sebar Gambar Ngeri

M Update, 15/3/2019 – Polis New Zealand memberi amaran dan merayu orang ramai untuk tidak menyebarkan ‘rakaman dan gambar mengerikan’ insiden maut tembakan rambang sekitar masjid di Christchurch hari ini “Polis sedar wujudnya rakaman yang agak ngeri dan menyedihkan berkaitan kejadian di Christchurch yang mula tular dalam talian,” kata polis…

Pencemaran Kimia – Kebajikan Mangsa & Petugas dijaga

M Update, 15/3/2019 – Kerajaan Negeri Johor melalui jabatan dan agensi kerajaan akan memastikan keperluan dan kebajikan mangsa-mangsa dan petugas-petugas sentiasa dijaga dan mencukupi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengedarkan makanan bermasak, roti, biskut, air kotak dan air mineral kepada mangsa dan keluarga di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak kejadian berlaku…

KISAH PATRIOTISME RAKYAT MALAYSIA DI AMERIKA SYARIKAT

ebelum saya menjejak kaki ke negara Amerika Syarikat, saya sudah membaca beberapa buku academician dalam bidang Kenegaraan seperti Profesor Allan Bloom, Noam Chomsky, Profesor Francis Fukuyama, Profesor Samuel E. Huntington, Martin Luther termasuklah kisah pekerja-pekerja kulit hitam di Philadelphia yang membina jalan keratapi bawah tanah pada tahun 1800an dahulu. Oleh…

Rumah Terkena Serpihan Bom

M Update, 15/3/2019 – Abdul Manaf adalah antara pemilik rumah di Kampung Simpangan, Tumpat yang rosak terkena serpihan selepas sebuah pos kawalan askar di Kampung Sri Pagan, Narathiwat dibom, 11.45 malam kelmarin. Insiden itu mengakibatkan hampir 10 kediaman penduduk kampung itu rosak akibat terkena serpihan dan gegaran sangat kuat. Abdul…

Topeng Muka Tidak Mencukupi

M Update, 15/3/2019 – Kerajaan negeri mengalu-alukan sumbangan topeng muka jenis R95 yang kehabisan stok ketika ini akibat permintaan tinggi orang ramai berikutan pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, sejak seminggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya…

Pencemaran Kimia – 5 Pusat MUET Ditutup

M Update, 14/3/2019 – Lima pusat ujian bertulis Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) di Pasir Gudang, Johor ditutup susulan insiden pencemaran sisa bahan kimia di sekitar kawasan berkenaan sejak Khamis lalu. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan ujian bertulis MUET sesi 1 yang dijadualkan pada…

Henti Fitnah KKM!

Malaysian Update, 14/3/2019 – Kesihatan menafikan lewat bertindak bagi menangani kes pencemaran toksid di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya sudah bertindak sejak hari pertama kejadian itu dan memberikan rawatan kepada setiap kes, baik yang serius mahupun ringan. “Jadi isu kementerian…

Pencemaran Kimia – Penduduk Pindah

M Update, 14/3/2019 – Penduduk sekitar Pasir Gudang mengambil langkah berjaga-jaga dengan meninggalkan kediaman masing-masing dan berpindah ke kawasan lebih selamat. Selepas berlakunya gelombang keempat susulan kesan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih sehingga menghasilkan gas beracun, keadaan terkini menyaksikan penduduk enggan mengambil sebarang risiko.…

Anggota TLDM Maut Rempuh Pokok

M Update, 14/3/2019 – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Kanan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 6, Ayer Tawar-Sitiawan, Manjung. Dalam kejadian 7.15 pagi, Mohd Fadzli Othman, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala. Mangsa menunggang motosikal Honda EX5…