Input your search keywords and press Enter.

Sejarah

KOMANDO RENJER ORANG ASLI DITUBUH

Pada hari ini dalam tahun 1973, Pasukan Komando Orang Asli telah ditubuhkan. Penubuhan pasukan ini bertujuan menarik lebih ramai anak-anak orang asli melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi bersama-sama mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman musuh.  Selain itu, penglibatan di dalam pasukan ini dapat melahirkan  perasaan bangga dalam kalangan orang…

Rosli Dhobi Pejuang Sarawak

Rosli antara tokoh yang berjuang pada usia muda, bahkan perjuangannya turut dikagumi Ahmad Boestamam yang dipenjarakan di Penjara Changi, Singapura kerana rusuhan Natrah. Rosli disifatkan seorang pejuang `paling berani’ pernah dikenalinya, bukan sahaja disebabkan usianya yang muda, tetapi kerana melakukan tindakan pembunuhan nekad dan protes secara berdepan dan menggunakan pisau.…

Perjuangan Tok Janggut

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri…

MAT SALLEH

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh “Negeri Tambunan” sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu…

Negeri Di Bawah Bayu

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil “SABBAH ” atau “SAPPAH” oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. ‘Pisang saba’ juga dikenali sebagai ‘jaba’ oleh masyarakat Bajau di negeri…

Tun Perak

Bendahara Melaka merupakan satu jawatan pemeritahan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang hampir sama taraf dengan Perdana Menteri kini. Bendahara merupakan ketua semua pembesar Melaka dan ketua kerajaan yang membuatkan jawatan ini kedua terpenting selepas raja Melaka. Bendahara diberikan kuasa untuk menjaga keselamatan Melaka secara keseluruhannya.Selain itu, bendahara turut menjalankan undang-undang…