Input your search keywords and press Enter.

MySalam Terima Reaksi Positif

M Update, 19/6/2019 – Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (mySalam), satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan B40 (isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah) menangani kesulitan kewangan apabila dimasukkan ke hospital kerajaan atau ditimpa penyakit kritikal mendapat reaksi positif golongan berkenaan. MySalam merupakan perlindungan takaful yang disediakan kepada golongan B40…

Penderaan Warga Emas : Dipaksa Minum Air Kencing

M Update, 16/6/2019 – Malang buat warga emas yang menghuni di sebuah pusat jagaan di Seremban, Negeri Sembilan apabila menjadi mangsa penderaan oleh penyelia mereka. Malang warga emas itu tambah berganda apabila mereka dipaksa minum air kencing, makan cili dan diberikan ubat tidur secara berlebihan. Pelakuan terkutuk itu difahamkan berlaku…

10 Kru Bot Nelayan Dipercayai Diculik

M Update, 18/6/2019 – Seramai 10 kru bot nelayan dipercayai diculik berhampiran perairan Tawi-Tawi, selatan Filipina, awal pagi tadi. Dua bot dinaiki kru terbabit dipercayai berada di perairan Tambisan dalam perjalanan ke Semporna, sebelum didatangi kumpulan bersenjata yang menggunakan bot laju, kira-kira jam 2 pagi tadi. Bagaimanapun, setakat ini, identiti…

Perkhidmatan Penghantaran Makanan Guna Dron Di Cyberjaya

M Update, 18/6/2019 – Berita baik buat warga Cyberjaya. Mulai penghujung bulan ini, mereka bakal menikmati perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron. Average Drone Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam industri dron sejak 2014, merancang untuk mewujudkan khidmat tersebut dalam masa terdekat dengan kerjasama Futurise, sebuah anak syarikat Cyberview…

Dr M : Kita Bebas Untuk Tidak Menerima Pengaruh Barat

M update, 18/6/2019 – Negara Barat sering dilihat memaksa negara lain menerima apa yang dilakukan mereka seperti ideologi komunisme, kapitalisme, sosialisme dan gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata LGBT adalah satu perubahan daripada segi nilai moral mereka dan mereka mahu…

TKPN : Tindakan Tegas Penyebar Berita Palsu

M Update, 18/6/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sering menyebarkan pelbagai berita palsu termasuk dakwaan wujud sindiket menculik kanak-kanak untuk penjualan organ yang tersebar baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya mendapati berita palsu mengenai perkara itu sering ditularkan…

Penonton Tertarik Syarahan Tun M di Cambridge Union

M Update, 17/6/2019 – Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari, namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan dengan ketajaman percakapan dan selorohnya sewaktu menyampaikan syarahannya di Cambridge Union pada Ahad. Suasana bising sekumpulan kecil penunjuk perasaan di…

‘Team Mission Baby Ainul’ temui Dr Mahathir di London

M Update, 17/6/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa untuk bertemu ahli ‘Team Mission Baby Ainul’ pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang diadakan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi di Templewood Gardens, London, semalam. Dr Mahathir kini sedang melakukan lawatan kerja tiga hari…

Lelaki Tikam Isteri Hingga Mati

M Update, 17/6/2019 – Tidak cukup menikam isterinya hingga mati, seorang lelaki turut membakar rumah kongsi pekerja sebuah kilang di Jalan Teluk Likas, di sini, awal pagi tadi. Mangsa, Ayang Hamjani, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, akibat kesan tikaman pada tubuhnya. Difahamkan,…

Tarikan Flamingo Homestay

Mupdate 17 Jun 2019 ,Johor Bharu: Bila dengar je Danga Bay, ramai yang mengatakan tempat itu mewah dan tidak mampu untuk disewa oleh golongan berpendapatan rendah. Namun, ia berbeza dengan pemilik sebuah homestay dimana ia menjadi tarikan para pelancong apabila pemiliknya menyediakan homestay mewah dengan harga yang berpatutan. Homestay ini…