Input your search keywords and press Enter.

Tiada ‘Red Alert’ di Hospital Sultan Ismail

M-Update,13/3/2019, KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan penularan khabar angin menerusi WhatsApp kononnya Hospital Sultan Ismail Johor Bahru membuat perisytiharan ‘Red Alert’ susulan terdapat beberapa kes kematian akibat pencemaran sisa toksid bandar raya itu. Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abd Aziz, berkata hingga kini tiada sebarang kematian susulan kejadian pembuangan…

Boeing 737 Max 8 dilarang ke Malaysia

M-Update,13/3/2019, KUALA LUMPUR: Pesawat Boeing 737 Max 8 tidak dibenarkan melalui ruang udara Malaysia atau melakukan penerbangan transit ke negara ini, berkuat kuasa serta-merta. Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM), Ahmad Nizar Zolfakar, berkata arahan penggantungan operasi pesawat Boeing berkenaan akan terus dilaksanakan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. “CAAM…

Dr M : Kaji tiga opsyen bagi MAS

M Update, 12/3/2019 – Kerajaan akan mengkaji pelbagai opsyen sebelum membuat keputusan mengenai masa depan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, isu menutup syarikat penerbangan itu adalah urusan yang serius, dan keputusan akan dibuat secepat mungkin. Saya rasakan ia adalah keputusan…

PM nafi Siti Aisyah bebas melalui rundingan

M-Update,12/3/2019, KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan pembebasan warga Indonesia, Siti Aisyah daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam semalam atas rundingan kerajaan Indonesia dan Malaysia. Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. “Ini keputusan yang dibuat oleh mahkamah, dia…

Kecurangan serius kewangan FELDA didedahkan

M-Update,12/3/2019, KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat akan dimaklum mengenai kecurangan serius kewangan FELDA menerusi pembentangan Kertas Putih FELDA yang dijadual dibuat pada mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat kali ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perbincangan sudah dilakukan dengan Parlimen bagi mendapatkan tarikh sesuai untuk pembentangan itu.…

Catuan Air : 40,000 penduduk terlibat

M Update, 12/3/2019 – KIRA-kira 40,000 penduduk Felda Loke Heng, Bukit Waha dan Sungai Gembut di Kota Tinggi akan mengalami catuan air bermula hujung minggu ini berikutan paras air mentah di muka sauk loji rawatan air (LRA) di kedua-dua kawasan itu menyusut. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri,…

Tadbir negara secara bersih – Dr M

M Update, 12/3/2019 – “Sejak ambil alih, kita pastikan negara ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Katanya, pelbagai langkah sudah diambil kerajaan untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus negara sejak menjadi kerajaan Mei lalu. Sejak ambil alih, kita pastikan…

Penduduk diganggu monyet

M Update, 12/3/2019 – Kami terpaksa bertindak memerangkap monyet berkenaan memandangkan haiwan itu semakin mengganas dan berani memasuki dapur rumah penduduk semata-mata ingin mencuri makanan hingga menakutkan penghuni. Apabila disergah untuk menghalaunya, haiwan itu pula menyergah kami dengan menyeringai menunjukkan taringnya yang tajam,” kata Saminan Maulud yang juga Pengerusi Majlis…

Suspek penipuan pakej pelancongan diburu

M Update, 12/3/2019 – Polis Sarawak menjejaki seorang lelaki, Mohd Aszlan Mat Muda, bagi membantu siasatan kes penipuan pakej pelancongan luar negara. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya menerima sebanyak 32 laporan berhubung penipuan pakej pelancongan luar negara yang ditawarkan oleh…

Bahan kimia dipercayai minyak cuci kapal

M Update, 12/3/2019 – GAS beracun terhasil yang menyebabkan puluhan mangsa terlantar di zon merah dan zon kuning di hospital terjawab apabila ia dikenal pasti sebagai sisa minyak aktiviti mencuci kapal. Setakat ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor sudah mengenal pasti kira-kira 30 kilang yang disyaki menghasilkan sisa bahan…