Usaha menamatkan ancaman pengganas komunis menyaksikan beberapa siri rundingan diadakan. Pertama, Rundingan Damai Baling pada tahun 1955 yang berakhir dengan kegagalan.Walaupun darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960, pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) belum dapat dihapuskan sepenuhnya. Saki-baki anggota komunis itu dikatakan berundur ke sempadan Malaysia–Thailand untuk mengumpul kekuatan bagi…

Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara. ‘Ibarat hujan peluru’ itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu . Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu…

Kumpulan awal penubuhan VAT 69 dianggap pelopor kejayaan gemilang mereka. Seorang pemimpin VAT 69 yang dianggap pakar taktikal dan cukup digeruni komunis ialah Allahyarham Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zabri Abdul Hamid yang dianggap perwira paling dikenang dalam pasukan elit berkenaan. Beliau terkorban akibat terkena jerangkap samar selepas pasukannya memenangi satu…

Kemunculan pasukan VAT 69, yang lebih dikenali sebagai 69 Komando atau Batalion 69 Komando, boleh dikatakan hampir serentak dengan kebangkitan Parti Komunis Malaya (PKM) memperhebatkan kembali perjuangan bersenjata mereka bagi menakluk dan seterusnya menjadikan negara ini sebuah republik melalui tindakan kekerasan, keganasan dan kekejaman.PKM kembali memperhebatkan perjuangan bersenjatanya pada 1969…

Pada tahun 1972, telah berlaku satu pertempuran hebat di antara Platun Harimau Batalion ke 9 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan segerombolan pengganas komunis di Jambusan, Bahagian Pertama, Sarawak. Dalam gerakan tersebut, sebanyak 4 orang anggota komunis telah mati dan beberapa orang lagi mendapat kecederaan. Kejadian ini berlaku sebagai tindak balas…

Pada 11 Mac 1980, enam hari selepas serangan udara dilancarkan, 2 pasukan ronda telah menemui sebuah lubang berhampiran satu denai. Disebelah lubang itu terdapat sehelai tuala putih kecil dengan kesan darah yang telah kering. Berdasarkan kesan di lokasi itu, komando VAT 69 menjangkakan jerangkap samar telah meletup dan mencederakan seseorang.…

Dalam bulan Februari 1980, kira-kira seminggu sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina, laporan perisikan menyatakan terdapat petunjuk seramai 6 orang pengganas komunis di kawasan terpencil hutan Bentong telah meminta bekalan makanan dari kumpulan penyokong mereka. Adalah menjadi kebiasaan bagi anggota pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) membuat acara sambutan perayaan bila…

Selepas Chong Chor serta tiga pengikutnya termasuk Yong Nam berjaya ditawan oleh Pasukan F, mereka diserahkan kepada pasukan perunding dan soal siasat Cawangan Khas.Mungkin kerana faktor usia dan semangat perjuangan yang semakin pudar, pasukan perunding tidak mengambil masa yang lama untuk meyakinkan mereka agar bekerjasama dengan Cawangan Khas. Yong Nam…

Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia mengambil keputusan untuk melancarkan serangbalas terhadap musuh disebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka. Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu disitu berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya. Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy…

Satu operasi besar-besaran yang dikenali dengan nama Gonzales 1, melibatkan kekuatan tiga briged infantri Tentera Darat dan satu briged dari Pasukan Polis Hutan (PPH) telah dilaksanakan pada 8 April 1974. Operasi ini diperintah kawal dan diselaraskan oleh Markas Kedua Divisyen Infantri (2 Div), iaitu divisyen yang bertanggungjawab kepada keselamatan ke…