Input your search keywords and press Enter.

Tag

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

COVID-19 : PDRM Perketat Kawalan Pematuhan SOP

M Update, 08/01/2021 – Bukit Aman mengarahkan semua kontinjen polis setiap negeri mempertingkat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), susulan peningkatan kes COVID-19. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pemantauan oleh Pasukan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai pemeriksaan pematuhan SOP akan mempertingkat pemeriksaan,…

KKM Kaji Strategi Baharu Tangani Wabak COVID-19

M Update, 07/01/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan kes COVID-19 yang meningkat secara konsisten setiap hari. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri zon…

Pewujudan FOB Pulau Mabul, Kukuh Keselamatan ESSZone

M Update, 05/01/2021 – Pewujudan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pulau Mabul dekat sini, yang dijangka siap pada tahun 2024 dapat mengukuhkan tahap keselamatan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) daripada diceroboh anasir luar. Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata pewujudan aset…

COVID-19 : NADMA Tambah Baik SOP Pengurusan Bencana Banjir

M Update, 22/12/2020 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melakukan penambahbaikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bencana banjir sedia ada, bagi memastikan ia menepati garis panduan pencegahan penularan COVID-19. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata beberapa kelemahan dikenal pasti hasil maklum balas diterima daripada pihak pengurusan banjir…

Sambutan Hari Krismas Dibenarkan, Sentiasa Patuhi SOP

M Update, 22/12/2020 – Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Krismas dibenarkan mengikut had kehadiran ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran…

Patuhi SOP, Elak Kluster Baharu – Dr Noor Hisham

M Update, 10/12/2020 – Berikutan semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan atau semasa berada di tempat awam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebooknya, hari ini berkata ia termasuklah perhimpunan besar-besaran…

Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah Diedar Mulai Khamis

M Update, 3/6/2020 – Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya, kata Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka…

MKN Rangka SOP Khusus Di 3 Zon

M Update, 24/4/2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang membuat prosedur operasi standard (SOP) khusus berhubung pergerakan yang boleh dilakukan di dalam zon hijau, kuning dan merah. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya mengarahkan MKN berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)…

Kerajaan Tentukan SOP Pelajar IPT Balik Kampung

M Update, 21/4/2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menguruskan perjalanan pulang pelajar universiti ke rumah masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara SOP yang diambil kira ialah tempoh yang perlu diambil…