Input your search keywords and press Enter.

Jangan Keluar Daerah Kalau Tiada Urusan Penting – Polis Selangor

M Update, 15/10/2020 – Polis Selangor akan menumpukan pemantauan penguatkuasaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan khususnya di laluan utama sempadan daerah dan negeri.

Justeru orang ramai yang tidak mempunyai sebarang urusan penting disaran untuk tidak cuba keluar dari daerah mereka menuju ke daerah lain. Apa yang paling penting adalah ingat tiga perkara utama iaitu pakai pelitup muka, jaga jarak dan elakkan berkumpul di tempat sesak,

Sekiranya mereka mempunyai urusan penting atau bekerja di kawasan lain mereka boleh menunjukkan surat dari majikan dan pas kerja ketika melalui sekatan jalan raya (SJR). Untuk mereka yang mempunyai hal kecemasan boleh mendapatkan kebenaran rentas daerah atau negeri dari mana-mana balai polis berhampiran. – Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin

Namun pihak polis akan melarang atau mengarahkan mana-mana kenderaan untuk berpatah balik sekiranya tidak mempunyai sebarang kebenaran serta urusan mustahak.