Input your search keywords and press Enter.

Pemakaian Gelang Peranti Berteknologi Tinggi Mulai 11 Mac – Adham Baba

M Update, 03/03/2021 – Mana-mana individu yang dijangkiti atau disyaki berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 akan dipakaikan gelang peranti pengesanan berteknologi tinggi mulai 11 Mac ini.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, turut akan dipakaikan gelang pengawasan berkenaan adalah Individu Dalam Pengawasan (PUS).

Pelaksanaan peranti pengesanan tersebut termasuk dalam lima peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

“Tiga kategori akan diberikan gelang tersebut bagi tujuan pengawasan. “Setakat ini terdapat model-model yang digunakan. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat keputusan tidak lama lagi,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Di bawah peruntukan baharu iaitu Seksyen 15A, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (pindaan) 2021), penalti akan dikenakan jika alat peranti pengesanan dimusnahkan, dirosakkan atau diubah. Pemakaian gelang tangan atau gelang pengawasan masih diteruskan.