M Update, 16/1/2019 – Ketika pesawat US Airways tiba-tiba menurun secara mendadak dari udara dan menuju ke Sungai Hudson yang ketika itu berais 10 tahun lalu, Eric Stevenson memikirkan ibunya, kakaknya, rakan-rakannya dan dia terus menulis surat ucap selamat tinggal.
Stevenson adalah salah seorang dari 153 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan 1549, Airbus A320 pada 15 Januari 2009 dari North Carolina dilanggar kawanan burung dan salah satu enjin meletup dan terbakar. Semasa itulah pesawat mula menurun. Penumpang mula panik dan bersedia jika apa-apa berlaku.
“Ketika pesawat mula menjunam, semua orang mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi orang yang tersayang. Mereka meninggalkan mesej terakhir mereka” kata Stevenson kepada akhbar “Good Morning America” pada hari Selasa. “Pada ketika itu telefon bimbit saya berada dalam bagasi atas kabin dan ketika itu saya berfikir inilah detik terakhir saya untuk hidup”
Dalam satu temubual ekslusif dengan ABC News, Stevenson merenung jauh dan mengenang kembali kejadian terakhir semasa dalam pesawat itu.
“Saya mengeluarkan kad perniagaan, dan saya menulis di belakang kad perniagaan,” katanya sambil memegang kad itu. “Saya menulis kepada keluarga saya – kepada ibu saya dan kakak saya: ‘Saya sayangkan awak.’ Dan saya tahu ini akan menjadi perkara terakhir yang akan saya lakukan.
“Saya menyimpannya ke dalam poket saya kerana saya fikir jika pesawat itu meletup … sekurang-kurangnya ia akan berada di dekat badan saya dan mereka tahu saya memikirkan mereka semasa kami menjunam dan terhempas,” katanya.
Tetapi sebagai penumpang yang sudah bersedia memikirkan kematian dan saat-saat akhir, Kapten Chesley “Sully” Sullenberger dan co-pilot Jeff Skiles memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan semua orang di atas kapal dengan membuat pendaratan kecemasan yang paling menakutkan dalam sejarah Amerika.
Sullenberger melencongkan pesawat itu ke sungai yang dingin iaitu Sungai Hudson, dekat Manhattan. Semua orang dalam pesawat selamat dan pendaratan itu dianggap “Keajaiban di Hudson.”
Kapten Sullenberger, kini bersara, berkata cerita itu membuatkannya merasa seolah-olah dia adalah sebahagian daripada “sejarah hidup”, dan ia memberikan maknayang sangat besar dalam hidupnya.
“Saya memikirkan bukan sahaja apa yang kita lakukan tetapi apa juga yang dilakukan oleh orang lain.” kata Sullenberger, yang mengatakan dia tidak mempercayai keajaiban.
Kapten Sully bertemu semula dengan mangsa-mangsa pesawat itu pada hari Selasa bagi meraikan ulangtahun ke-10 “Keajaiban di Hudson”.
“Kami mengadakan parti di New York – sebuah parti perjumpaan setiap tahun,” kata Barry Leonard, salah seorang mangsa dalam kejadian itu yang terbang pulang ke Charlotte selepas pesawat membuat pendaratan kecemasan.
“Kami telah meraikan ini setiap tahun dan kami dapat kenali orang yang berbeza.”
Sumber: ABC News