M Update, 17/1/2019 – Walaupun amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan amaran menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati oleh pengusaha kantin namun ada juga yang masih berdegil.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengenakan tindakan tegas kepada pengusaha yang ingkar mematuhi amaran yang ditetapkan. Operator kantin akan dipantau dari semasa ke semasa.
Sebut harga, proses tender adalah mengikut prosedur dan mekanisme yang ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan sekolah. Bagaimanapun, kalau berlaku tidak letak tanda harga dan kenaikan harga jualan makanan dan minuman tidak seperti spesifikasi tender, itu memerlukan pemerhatian dan pemantauan oleh KPDNHEP. – DS
Saifuddin Nasution Ismail
Pengusaha kantin dinasihatkan agar turut memaparkan tanda harga makanan. Pengguna dan pihak sekolah boleh terus membuat aduan kepada KPDNHEP jika terdapat sebarang kenaikan harga makanan di kantin.
Sumber : Berita Harian