Input your search keywords and press Enter.

Baju Kalis Api Baru Buat Wira Merah

M Update, 18/1/2019 – Baru-baru ini kecoh media melaporkan sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Disebabkan itu anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak atau berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Di harapkan anggota bomba kita bersabar sikit saja lagi kerana unit baru baju kalis api yang dah lama tertangguh akan selesai tidak lama lagi. Proses perolehan bagi pembekalan baju kalis api itu sudah berada pada peringkat akhir

Sebelum proses pembekalan telah dibuat pada tahun 2016 dan 2017 namun, ia berdepan dengan masalah aspek teknikal dan prosedur menyebabkan pembekalan pakaian tertangguh. Kes ini tiada kaitan dengan teknikal dalaman jabatan sebaliknya siasatan menjurus kepada pihak pembekal.

Kita harap proses pemberian unit baru baju kalis api ini berjalan lancar tanpa lagi sebarang masalah memandangkan ianya amat penting kepada keselamatan anggota bomba kita yang setiap masa berdepan dengan risiko.

Sumber : Berita Harian

 

Leave a Reply