M Update 18/1/2019 – Keselamatan diri adalah yang paling utama walau di mana sekalipun dan pekerjaan apa sekalipun yang kita lakukan.
Dalam tempoh masa tiga tahun mulai sekarang, semua pekerja-pekerja lebuh raya mungkin diwajibkan untuk mempunyai Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP). Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar kemalangan membabitkan golongan tersebut di semua lebuh raya negara.
Ini perlu dijadikan mandatori sepertimana pekerja industri pembinaan diwajibkan untuk memiliki Kad Hijau, EOSP memandangkan sudah terdapat banyak kemalangan melibatkan para pekerja penyelenggaraan dan operasi lebuh raya akhir-akhir ini.
Diharapkan semua syarikat konsesi leburaya mematuhi apa yang telah ditetapkan. Tindakan akan diambil sekiranya EOSP pekerja-pekerja lebuhraya gagal dipamerkan.
Sumber : Berita Harian