M-Update,7/2/2019, PUTRAJAYA: Sehingga tarikh akhir 14 Januari lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) mencecah sebanyak RM202,716,775.10. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kementerian kini dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.
“Bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegriti, satu Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir akan memutuskan penggunaan wang THM mengikut tatacara yang termaktub di dalam Arahan Amanah Akaun THM (Trust Deed),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kerajaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan kepada THM.Guan Eng berkata, sumbangan mereka mencerminkan kesetiaan dan kasih sayang mereka terhadap tanah air yang dicintai. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari lalu memutuskan untuk melanjutkan tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu sehingga 14 Januari.
Sumbangan yang dibuat selepas tempoh tersebut tidak akan dikreditkan ke dalam akaun dan dipulangkan semula kepada penyumbang.
“Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan.