M Update, 18/2/2019 – Peribahasa ini sering digunakan bagi menunjukkan situasi seseorang supaya mengikut adab atau aturan di kawasan yang dikunjungi. Sohor kini, egotourism menjadi fenomena yang semakin dirisaukan.
Namun, antara banyak-banyak negara di dunia ini, pelancong dari negara mana yang boleh dikategorikan sebagai paling tidak beradab? Ikuti senarai di bawah.
1. China
Sebut sahaja pelancong dari China, sudah ada satu tanggapan buruk buat rakyat negara tersebut. Mana tidaknya, majoriti daripada mereka selalu terlihat melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan.
Meludah, berebut-rebut (tidak beratur), buang air di kawasan-kawasan umum dan tidak menghormati laluan lalu lintas merupakan antara kesalahan biasa yang mereka lakukan. Antara kejadian yang mengejutkan media global berkenaan dengan pelancong China ialah:
– Seorang budak lelaki melepaskan hajat di kawasan tempat duduknya dalam pesawat.
– Seorang penumpang pesawat menyimbah muka pramugari dengan sup panaskerana tidak dibenarkan duduk bersama rakannya.
2. Amerika Syarikat
Ada beberapa perkara yang pastinya anda setuju berkenaan dengan pelancong dari negara ini. Salah satunya, menganggap kesemua orang perlu tahu berbahasa Inggeris. Ada antara mereka yang dilihat seakan merendah-rendahkan sehingga memalukan mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris.
3. Russia
Isu utama pelancong Rusia ialah alkohol. Sukar untuk membuang alkohol daripada kehidupan seharian, mereka ini berpeluang untuk mabuk kerana terlalu banyak ‘minum’. Tidak mahu menghormati peraturan, ini adalah sebab mengapa sesetangah hotel di Rusia ada menyediakan panduan etika untuk pelanggan.
Mungkin hanya golongan minoriti sahaja berkelakuan sebegini, namun jika terlalu banyak kejadian-kejadian buruk yang berlaku melihatkan mereka, kesannya masyarakat setempat seakan sudah mempunyai stigma sendiri terhadap semua pelancong dari negara tersebut.
Sebab itulah agaknya muncul pepatah ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum’ itu diwujudkan.
Sumber: makanlena