M Update, 21/2/2019 – Sejak tempoh pendaftaran dan kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dibuka 1 Februari lalu, sudah lebih 900,000 orang sudah memohon program itu
Permohonan itu merangkumi 200,000 permohonan baharu dan 700,000 permohonan kemas kini.
Bagi memastikan BSH 2019 berjalan lancar, kementerian mengambil langkah memudahkan proses pendaftaran program termasuk borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap ketika penghantaran.
Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon saja.
Pemohon mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian yang mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib.
Pemohon BSH berusia 60 tahun ke atas (warga emas) tidak perlu mengemas kini maklumat, melainkan jika ada perubahan maklumat memandangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.
Bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan setiap permohonan.
Langkah proaktif akan diambil dalam menangani masalah pemohon, khususnya jika ada kesulitan dalam menyempurnakan permohonan untuk BSH 2019,” katanya.
Mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my.
Sumber : Berita Harian