M Update, 27/2/2019 – China mendesak India dan Pakistan supaya tidak melakukan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan selepas New Delhi mendakwa telah melakukan serangan udara ke atas kem militan di wilayah sengketa Kashmir.
“Kami berharap India dan Pakistan dapat menghentikan tindakan provokasi bagi mengekalkan kestabilan di wilayah berkenaan dan pada masa sama meningkatkan hubungan kedua-dua buah negara,” kata jurucakap Kementeri Luar China, Lu Kang.
Pakistan sebelum ini menuduh pesawat pejuang India telah menceroboh ruang udaranya. Hubungan kedua-dua negara semakin tegang apabila berlaku satu serangan bom berani mati pada 14 Februari lalu mengorban 14 orang anggota tentera India di Kashmir.
New Delhi bertindak balas melancarkan serangan keatas pengganas yang berpangkalan di Pakistan, kumpulan Jaish-e-Mohammad (JeM) mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu. Menteri Luar China, Wang Yi dijangka mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari India, Sushma Swaraj dan dari Rusia, Sergei Lavrov di China bagi membincangkan masalah itu.
Wang turut meminta Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi turut kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan masalah itu, lapor agensi berita Xinhua.
Sumber : AFP, Utusan Malaysia