M Update, 1/3/2019 – Pihak berkuasa Pakistan masih belum mengumumkan bila atau di mana Komander Sayap Abhinandan Varthaman, yang menjadi wajah krisis antara Islamabad dan New Delhi, akan diserahkan kepada pegawai India.
Pakistan akan membebaskan juruterbang India yang berjaya ditangkap hari ini, sebagai tanda damai, bertujuan mengendurkan ketegangan dengan negara jirannya, selepas siri serangan udara mencetuskan kebimbangan berlaku konflik bahaya di Asia Selatan.
Di New Delhi, pengumuman itu dilihat sebagai kemenangan diplomatik, dengan pemimpin India menyambut kepulangan juruterbang berkenaan tetapi menyatakan mereka kekal meningkatkan amaran ketenteraan, tidak menunjukkan tanda mengurangkan permusuhan.
Pesawat dipandu Abhinandan ditembak jatuh di Kashmir Rabu lalu, selepas pertempuran di angkasa berhubung wilayah Himalaya yang menjadi rebutan, menyebabkan ketegangan antara India dan Pakistan berada dalam tahap paling tinggi dan membimbangkan kuasa dunia lain, yang menggesa kedua-dua pihak bertenang.
Konfrontasi terbaru antara kedua-dua negara jiran berkuasa nuklear itu, yang sudah mengharungi tiga peperangan sejak merdeka pada 1947, berlaku selepas serangan bom nekad di Kashmir yang ditadbir India mengorbankan 40 tentera India pada 14 Februari lalu, dengan serangan didakwa dilakukan kumpulan militan berpangkalan di Pakistan.
Dua belas hari kemudian, pesawat tempur India melancarkan serangan di dalam wilayah Pakistan, mendakwa berjaya mensasarkan kem militan.Ia adalah serangan udara pertama sejak perang terakhir kedua-dua mereka pada 1971, sebelum memiliki senjata nuklear.
Sumber : BH Online, AFP