Kedah bakal menampilkan keseluruhan rangkaian pesawat komersial, pertahanan, angkasa lepas, helicopter serta pelbagai perkhidmatan dan produk berkaitan.
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 semakin mendapat sambutan apabila 12 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menyertai pameran tersebut. Menteri Pembangunan Usahawan , Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata penglibatan syarikat-syarikat PKS merupakan kali pertama dalam sejarah LIMA yang akan menjadi pemangkin industry aeroangkasa.
LIMA akan menjadi platform terbaik dalam mempromosi serta memperkenalkan kebolehan dan kepakaran syarikat sekaligus mewujudkan daya saing yang tinggi dan hebat di peringkat global. 12 syarikat PKS yang terlibat akan mempamerkan kemampuan mereka dalam pembuatan komponen aeroangkasa dan perkhidmatan untuk industry tersebut.
Dengan penglibatan 12 PKS dalam LIMA, Menteri Pembangunan Usahawan itu berharap ia dapat menarik minat pemegang kepentingan untuk melabur serta mengembangkan lagi pembangunan usahawan dalam skala yang lebih besar. Selain itu, ia sudah merupakan tanggungjawab kementerian pembangunan usahawan dalam menyokong dan membimbing usahawan dalam mempamerkan produk dan mengetengahkan potensi kepakaran anak muda tempatan terhadap industri tersebut.