M Update, 26/3/2019 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 212, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap menjemput 50 pesara polis iaitu pegawai dan anggota yang pernah berkhidmat di situ sejak 1970-an hingga 1990-an.
Antara yang hadir, Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Roslan Ahmad yang pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap pada tahun 1978 hingga 1980.
Tugas terakhir beliau adalah sebagai Komander Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan kini menetap di Kuala Lumpur.
Hadir sama, Asisten Superintendan (B) Suratmin Selamat yang pernah bertugas sebagai Pegawai Cawangan Khas tahun 1981 hingga 1986 dan tugas terakhirnya sebagai Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman dan kini menetap di Kuala Lumpur.
Selain itu, Superintendan Hamzan Darus yang pernah menjawat tugas sebagai Ketua Polis Daerah Padang Terap pada tahun 2008 hingga 2010 yang pernah menjawat tugas akhir sebagai Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah turut hadir dalam majlis itu.
Hadir sama Deputi Superintendan (B) Annuar Md Nor yang pernah bertugas sebagai penyiasat pegawai pendakwa dan pegawai Penyelaras di IPD Terap pada tahun 1980 hingga 1985 dan pernah menjadi Ketua Polis Daerah Bandar Baharu dan kini menetap di Parit Buntar, Perak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, DSP (B) Khamis Hamzah yang pernah bertugas di IPD Padang Terap pada tahun 1970 sebagai anggota biasa dan kembali semula sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Daerah pada awal tahun 2000.
“Tugas terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Baling dan kini menetap di Pedu, Padang Terap.
“Selain itu, Sub Inspektor (B) Jamaludin yang pernah bertugas di Balai Polis Padang Sanai dan IPD Kuala Nerang pada tahun 1978 hingga 1986 dan tugas terakhirnya di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Johor Baharu,” katanya.
Katanya, selain itu Sub Inspektor (B) Nor Azman yang pernah bertugas di IPD Kuala Nerang tahun 1982 – 1988 dan tugas terakhirnya di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perlis dan sekarang menetap di Kodiang, Kedah
“Sambutan kali ini begitu meriah dengan kehadiran semua ini dan tidak ketinggalan juga majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Pedu, Pegawai Daerah, Fatullah Suhaimi, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan daerah, serta masyarakat setempat.
“Kami mengucapkan terima kasih kerana kesudian semua bagi memeriahkan sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 Daerah Padang Terap tahun 2019 dan semoga ianya menjadi kenangan yang berharga,” katanya.
Sumber : Harian Metro