M Update, 5/4/2019 – Lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di di Sungai Pergau berhampiran kawasan lombong emas Kuala Balah, Jeli, hari ini.
Mangsa, Muhammad Faris Izwan Mohd Fazli, 6, ditemui pada jam 12.40 tengah hari, sejauh 1.3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, mangsa dihanyutkan air dan ditemui di permukaan air oleh pasukan bomba dan penduduk kampung.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa berjalan lancar kerana cuaca yang agak baik yang dibantu penduduk kampung. Jenazah mangsa dibawa keluar sebelum dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.
Operasi itu disertai 25 anggota bomba termasuk 10 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
Kanak-kanak berusia enam tahun itu bersama dua rakan berusia enam dan sembilan tahun mandi di Sungai Pergau, pada 3 petang semalam.
Kehilangan mangsa disedari bapanya selepas kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah pada 7.30 malam dan menemui baju anaknya di tebing sungai.
Sumber : Harian Metro