M Update, 11/4/2019 – Setiap orang mempunyai impian dan harapan yang ingin dicapai. Namun, pasti seseorang itu akan menghadapi cabaran serta dugaan ketika cuba untuk menggapai impian yang diinginkan.
Itulah yang dilalui oleh Mohamad Nor Imran, yang kecewa apabila terpaksa melupakan impiannya untuk menganggotai tentera setelah beliau didiagnosis dengan Hodgkin’s Lymphoma pada tahun 2015. Selepas tiga tahun menjalani rawatan, Imran kembali ke kem latihan pada tahun lepas.
Imran memberikan sepenuh daya dan fokus ketika mengikuti program di kem ketenteraan tersebut. Malah, dia cuba untuk melupakan kesakitannya demi mencapai keinginannya untuk menjadi seorang askar.
Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia didiagnosis dengan kanser kolorektum tahap 3 pada hujung bulan Januari 2019.
Pada 4 April lepas, Imran mendapat tahu kondisi kesihatannya tidak melayakkan dia menjadi pegawai muda. Malah, pihak hospital juga mengesahkan yang dia harus menjalani pembedahan sebelum proses kemoterapi.
“Ketika berlatih di kem, saya harus melakukan aktivit-aktivit lasak. Kolon saya akan berdarah dan saya terpaksa cari tempat yang tersembunyi untuk membasuh luka tersebut. Paling mencabar ialah latihan di dalam hutan, saya tak boleh ambil ubat langsung.”
Imran memberikan sepenuh daya dan fokus ketika mengikuti program di kem ketenteraan tersebut. Malah, dia cuba untuk melupakan kesakitannya demi mencapai keinginannya untuk menjadi seorang askar.
Latihan askar bukan seperti latihan sukan. Kekuatan mental dan fizikal amat penting. Berikut merupakan komen-komen positif dari netizen kepada Imran..
Sumber: World of Buzz