M Update, 16/04/2019 – Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen hari ini berkata, pulau yang ditadbir sendiri itu tidak merasa terancam dengan penganjuran latihan ketenteraan China minggu ini.
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan gerakan latihan ketenteraan terbaru itu sebagai satu bentuk ‘paksaan’ dan ancaman terhadap kestabilan di rantau ini.
Ing-wen berkata demikian pada forum yang dianjurkan bersama oleh Kementerian hal Ehwal Luar Taiwan bersempena ulang tahun ke-40 hubungan Taiwan-AS.
Pesawat pengebom dan kapal perang China itu mengadakan latihan di sekitar Taiwan semalam. – Reuters