M Update, 18/4/2019 – Dua lokasi telah dikenal pasti untuk menjadi perkampungan sukan bagi para atlet dan juga pegawai bagi enam acara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, yang bakal diadakan di negeri Johor pada tahun 2020.
Semua kemudahan yang akan digunakan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang kini dalam fasa pembinaan dan membaik pulih, berjalan lancar mengikut jadual. Semua kemudahan itu dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.
Semua lokasi pembinaan fasiliti yang akan digunakan untuk SUKMA 2020, menunjukkan perkembangan positif.
Lokasi itu adalah Stadium Tertutup Arena Larkin; Stadium Akuatik, Larkin; Sports City Mount Austin dan Arena Mas, Taman Impian Emas.
Kerajaan negeri akan sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembinaan dan membaik pulih kemudahan SUKMA 2020 siap sepenuhnya.