Input your search keywords and press Enter.

Empat maut rusuhan di penjara Myanmar


ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat banduan yang maut dalam rusuhan di penjara Shwe Bo. – Foto AFP

M Update, 10/05/2019 – Empat banduan maut dalam rusuhan di penjara di utara Myanmar, kata pegawai hari ini, yang berlaku selepas proses pengampunan yang menyaksikan lebih 6,000 tahanan dibebaskan, termasuk dua wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo.

Rusuhan di penjara Shwe Bo di wilayah Sagaing bermula petang semalam, kata Ketua Menteri, Myint Naing.

“Mereka menuntut hak sama rata. Mereka menjadi anarkis,” katanya, menambah keadaan kini terkawal.

Myint tidak menjelaskan punca kematian banduan.

Jurucakap tentera, Zaw Min Tun, berkata pegawai sempadan dipanggil untuk mengawal keadaan.

“Kami mendengar bunyi tembakan,” katanya, menambah laporan juga menyatakan ada kekecohan di penjara di Karen dan Kachin.

Menurut laporan akhbar tempatan, Eleven Media, pengarah jabatan penjara, Min Tun Soe, berkata rusuhan dicetuskan kemarahan banduan yang tidak dimasukkan dalam senarai penerima pengampunan. — AFP

Leave a Reply