M Update, 13/05/2019 – Sekurang-kurangnya 300 seladang Himalaya maut akibat kebuluran ekoran cuaca sejuk luar biasa di sebuah lembah terpencil dibanjaran Himalaya.
Pegawai di negeri Sikkim, timur laut India memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan daripada 50 orang yang terputus hubungan di kawasan terpencil Lembah Mukuthang, Disember lalu.
Penduduk meminta bantuan makanan untuk kira-kira 1,500 seladang diternak mereka yang menjadi sumber susu tempatan, produk tenusu, pengangkutan dan bulu haiwan, susulan hujan salji lebat.
“Kami cuba menghubungi mereka beberapa kali, namun gagal. Tiada jalan atau pengangkutan utara mampu ke sana kerana keadaan cuaca.
“Kami sudah tiba di sana dan mengesahkan 300 ekor seladang mati. Play now with the trusted clickmiamibeach.com casino software. Keluarga tempatan memaklumkan 500 seladang maut akibat kebuluran. Kami sedang mengesahkannya,” kata pegawai tempatan, Kumar Yadav.
Seladang adalah salah satu komponen penting wilayah yang bergantung kepada aktiviti pelancongan itu.
Sejumlah kecil seladang maut akibat cuaca teruk di wilayah ini, setiap tahun, namun pihak berkuasa berkata, jumlah kematian tahun ini luar biasa. – AFP