M Update, 14/06/2019 – Pasukan kedua pendaki dihantar hari ini untuk mencari lapan pendaki di mana tujuh daripadanya adalah rakyat asing yang dikhuatiri maut di pergunungan kedua tertinggi di negara itu.
Kumpulan itu terdiri daripada sepuluh pendaki terlatih dari kumpulan separa tentera Polis Sempadan Indo Tibet (ITBP) dihantar dari daerah Pithoragarh untuk ke kem induk di puncak Nanda Devi East di Himalaya.
Dari sana mereka akan sampai ke lokasi di mana sebuah helikopter mengesan lima mayat dan peralatan mendaki pada 3 Jun lalu pada ketinggian 5,000 meter.
Isnin lalu, pasukan berasingan dari Persekutuan Pendaki India melakukan pencarian di laluan berbeza.
Dalam insiden itu, empat rakyat Britain, dua Amerika dan seorang India dilaporkan gagal dikesan sejak 26 Mei lalu, sehari sebelum salji tebal runtuh dan runtuhan salji besar-besaran bermula.
Pasukan ITBP dijangka tiba di kem induk dalam tempoh seminggu dan selepas penyesuaian mereka akan pergi ke lokasi di mana kali terakhir pendaki terbabit dilihat. -AFP.