M Update, 19/6/2019 – Aksi ‘wheelie’ yang dilakukan penunggang motosikal sehingga mengakibatkan kemalangan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun menjadi punca kemarahan penduduk dalam insiden pergaduhan di Flat Paya Nahu, di Sungai Petani, Ahad lalu.
Asalnya, ia bermula dengan kejadian kemalangan yang mana sebelum itu motosikal terbabit yang dinaiki oleh dua remaja dikatakan ditunggang secara berbahaya.
Akibat marah dengan kejadian yang berlaku, penduduk mengambil tindakan sendiri dengan menarik motosikal terbabit dan memukul remaja berkenaan.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa individu campur tangan tanpa usul periksa sehingga mencetuskan pergaduhan.
Bagaimanapun katanya, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan menahan tujuh lelaki berusia 14 sehingga 41 tahun bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian 5 petang itu, kanak-kanak perempuan terbabit cedera di muka, tangan dan kaki akibat kemalangan, manakala, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera di kepala berikutan kejadian pergaduhan yang berlaku.
Sumber : Harian Metro