Lembaga Tabung Haji menyatakan bahawa 31 peratua daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji dari Malaysia tahun ini telah berada di Makkah sehingga semalam.
Semalam, 22 penerbangan haji telah berlepas dan 20 penerbangan telah tiba sehingga jam 1.00 pagi waktu Madinah iaitu jam 6.00 pagi waktu Malaysia.
Semua penerbangan haji yang berlepas dari Malaysia daripada 4 hingga 717 Julai akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Abdul Aziz di Madinah, manakala penerbangan yang berlepas dari 18 Julai hingga 5 Ogos akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah.