M Update, 16/07/2019 – Seekor pari gergasi sanggup menunggu dengan sabar selepas meminta bantuan dua penyelam yang berdekatannya agar membuangkan beberapa mata kail yang tersangkut di bawah matanya.
Jurugambar bawah laut, Jake Wilton dilaporkan sedang menyelam di pantai barat Australia apabila haiwan berukuran tiga meter lebar itu berenang ke arahnya.
“Saya sering membawa pelancong untuk menyelam di kawasan berkenaan dan ia seolah-olah mengenali saya dan percaya saya akan membantunya.
“Ia menghampiri saya dan kemudian memperlihatkan kepada saya benda yang menyakiti dirinya,” kata Wilton dalam satu kenyataan.
Rakaman luar biasa menunjukkan Wilton berulang kali menyelam ke arah haiwan itu dan menarik keluar mata kail, sebelum pari gergasi itu meninggalkannya.
Dia tidak melarikan diri. Saya yakin ia tahu Jake cuba untuk membantunya,” kata ahli biologi marin dan rakan penyelam, Monty Hall.
Pari gergasi dianggap sebagai salah satu makhluk paling pintar dan biasa ditemui di bahagian pantai barat Australia.
Gergasi laut ini boleh membesar sehingga tujuh meter lebar, hidup selama 50 tahun, tidak mempunyai ekor tajam dan tidak berbahaya kepada manusia.