M Update, 29/7/2019 – Pengarah filem Paskal, Adrian Teh menzahirkan rasa bangga apabila hasil karyanya turut ditonton Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Adrian, dia menjadikan pujian yang diberikan oleh Seri Paduka sebagai satu motivasi untuk menghasilkan lebih banyak filem setanding Paskal. Paduka meluangkan masa untuk tonton filem Paskal.
“Terima kasih kerana memuji dan menyukai sinematografi yang dipaparkan dalam cerita berbentuk aksi ketenteraan ini. Bukan selalu dapat pujian daripada ketua negara. Ia juga motivasi untuk saya menghasilkan filem yang lebih baik atau setaraf Paskal pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, selaku bintang utama, aktor Hairul Azreen terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Seri Paduka terhadap filem tempatan khususnya Paskal.
“Saya berbesar hati dan ia penghargaan tertinggi kepada barisan pelakon dan kru penggambaran Paskal. Tak sangka kerabat diraja turut menonton filem berbentuk aksi tentera seperti Paskal. Harapnya nanti akan ada lagi cerita-cerita yang mengangkat kisah ketenteraan pada masa akan datang , “ tutur Hairul.
Sultan Abdullah dalam wawancara Mingguan Malaysia yang disiarkan semalam bertitah menonton Paskal: The Movie dan Seri Paduka kagum dengan bentuk pengarahan dan persembahannya. – Utusan Online