M Update, 23/08/2019 – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun telah diselamatkan oleh pihak polis setelah bapanya menembak ibu kanak-kanak tersebut sebelum membunuh diri di rumah mereka di sini pada petang Isnin lalu.
Seorang wanita berusia 39 tahun ditemui maut dengan beberapa kesan tembakan manakala seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60 tahun ditemui maut dengan satu tembakan dipercayai bunuh diri.
Anak pasangan berkenaan ditemui tanpa mengalami kecederaan di dalam katil bayi dan ditemani barang permainan.
Wakil Jabatan Polis Los Angeles, Detektif Lt. Mike Kodak berkata, kanak-kanak tersebut tidak menyedari apa yang berlaku.
“Dia selamat di dalam katil bayi yang dipenuhi permainan.Pada usia itu, dia tidak memahami apa yang berlaku,” katanya kepada media tempatan.
Dalam pada itu, jiran-jiran mendakwa lelaki itu baru kehilangan kerja dan pernah didatangi polis atas masalah pergaduhan domestik lima hari sebelum tragedi berlaku.
Salah seorang jiran memberitahu, bapanya telah bertemu si suami dan menasihati lelaki berkenaan untuk bertemu kaunselor bagi mengatasi masalah rumah tangga mereka