M Update, 3/9/2019 – Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, Ayer Molek daerah Melaka Tengah, dekat sini, diarah keluar dari kawasan pekarangan sekolah serta-merta, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari, berkata ia susulan kejadian kebocoran gas ammonia dari sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, Jasin kira-kira 1.5 kilometer (km) dari sekolah terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, katanya, semua murid yang sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran diarahkan pulang oleh pihak bomba. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, tetapi kami dimaklumkan pada jam 12.30 tengah hari.
Susulan kejadian itu, pihak sekolah segera meminta ibu bapa mengambil anak masing-masing atas arahan bomba,” katanya sambil menambah suasana terkawal dan selamat di sekolah berkenaan. – BH Online