M Update, 10/12/2019 – Tentera Udara Chile berkata pesawat jenis C130 Hercules yang hilang dari radar telah disahkan terhempas dan operasi mencari serta menyelamat sedang dijalankan, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik satu kenyataan di Twitter.
“Pasukan pertahanan Chile melaporkan bahawa tujuh jam selepas terputus komunikasi dengan pesawat jenis C130, ia telah disahkan sebagai terhempas,” menurut kenyataan itu.
Tentera Udara Chile telah mengesan lokasi tragedi dan meneruskan pencarian untuk mangsa yang mungkin masih hidup.
Pada Isnin, Tentera Udara Chile telah terputus hubungan dengan pesawat itu yang dalam perjalanan ke sebuah pangkalan udara di Antartika serta membawa 38 orang iaitu 17 anggota kru dan 21 penumpang.