M Update, 9/1/2019 – Kerajaan akan terus memberikan subsidi petrol kepada pengguna di Malaysia walaupun harga minyak dunia meningkat susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pakar menjangkakan kenaikan harga minyak tidak akan berkekalan dan berharap AS tidak bertindak balas ke atas Iran susulan serangan terbaru negara Arab itu.
Menurutnya, bagi setiap kenaikan harga minyak sebanyak AS$1, Petronas akan memperoleh tambahan sebanyak RM300 juta.
“Kerajaan tidak akan mendapat faedah, sebaliknya perlu membayar subsidi petrol dengan lebih tinggi dan sudah tentu kita bersedia,” katanya.
Media melaporkan harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$70 setong pagi semalam selepas Iran didakwa melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera AS di Iraq. – SH Online