M Update, 9/4/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan dekat Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan sehingga 14 April ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata, lanjutan lima hari berkenaan adalah bagi memberi ruang kerajaan menyelesaikan beberapa perkara.
“Mesyuarat hari ini bersetuju PKPD di Simpang Renggam dilanjutkan sehingga 14 April untuk kerajaan selesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.
Sumber : BH Online