Input your search keywords and press Enter.

JPM Nafi Miliki Akaun Telegram

M Update, 26/6/2020 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan mempunyai akaun Telegram httpps://t.me/jpmgov yang diwujudkan atas nama ‘Jab. Perdana Menteri’.

Berikutan itu Unit komunikasi Korporat JPM dalam kenyataan hari ini meminta orang ramai untuk tidak menyertai pautan itu bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu.

JPM hanya mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook: @Jab.PerdanaMenteri; Twitter: twitter.com/jpmgov_; Instagram: www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/; YouTube: www.youtube.com/jabatanperdanamenteri

Untuk sebarang penjelasan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-88723435. – BERNAMA

Leave a Reply